IQ Option: Ulasan Platform Perdagangan 2024

4.7 / 5
5

Salah satu sebab kenapa IQ Option dapat berkembang dengan pantas dalam masa singkat ialah kerana ia mampu memberikan para pedagangnya produk baharu dan mengujakan. Selain itu, broker tersebut juga menggunakan platform perdagangan proprietari tersendiri yang tidak seperti platform lain yang anda akan temui dalam industri perdagangan dalam talian. Dikawal selia oleh CySEC, IQ Option menawarkan persekitaran perdagangan yang selamat dan terkawal untuk pedagang melakukan aktiviti perdagangan dalam talian mereka.

Maklumat am

IQ Option merupakan peneraju broker dalam talian yang diasaskan pada pertengahan 2013. Walaupun baru beroperasi selama beberapa tahun, IQ Option telah menempa reputasi sebagai salah satu firma brokeraj dalam talian paling pesat berkembang dalam industri perdagangan dalam talian. Broker ini dikatakan memiliki 25 juta pemegang akaun aktif dan bilangannya semakin bertambah setiap hari. IQ Option mengkhusus dalam menawarkan khidmat perdagangan dalam talian untuk instrumen kewangan: Opsyen, Forex, ETF.

Pro dan Kontra

Pro:

Broker Patuh MiFID: IQ Option dikawal selia oleh Firma Pelaburan Cyprus (CIF) di bawah bidang kuasa CySEC. Ini bermakna broker tersebut memenuhi semua ketetapan di bawah MiFID.

Platform Perdagangan Proprietari: Dengan platform perdagangan proprietarinya, IQ Option terletak di kedudukan sesuai untuk memenuhi keperluan para pedagangnya kerana broker tersebut mempunyai lebih kawalan terhadap hala tuju pembangunan platform tersebut.

Syarat pembukaan akaun fleksibel: Keperluan deposit minimum untuk membuka akaun perdagangan langsung di IQ Option hanyalah 10 USD/GBP/EUR. Urus niaga boleh dijalankan dengan pelaburan serendah $1.

Akaun Demonstrasi Tersedia: IQ Option juga menyediakan akaun demonstrasi untuk mereka yang mahu mencuba platform perdagangan tersebut terlebih dahulu tanpa perlu mendepositkan wang sebenar. Akaun demonstrasi tersebut menawarkan segalanya yang anda boleh temui dalam akaun perdagangan sebenar kecuali anda sebenarnya berdagang dengan wang maya dan bukannya wang sebenar. Di samping untuk mencuba platform perdagangan tersebut, anda juga boleh menggunakan akaun demonstrasi untuk mengembangkan kemahiran perdagangan anda.

Pertandingan Perdagangan: IQ Option kerap menganjurkan pertandingan perdagangan dengan yuran penyertaan yang rendah dan hadiah tunai yang lumayan. Kaedah yang dianjurkan oleh broker ini membantunya meraih kepercayaan pelanggan setia yang berminat dengan pertandingan perdagangan tersebut serta keghairahan untuk memenangi hadiah.

Kontra:

Hanya Satu Jenis Standard Akaun Perdagangan: Buat masa ini, IQ Option hanya menawarkan satu jenis akaun perdagangan, kaedah perdagangan satu untuk semua.

Sumber Pembelajaran Terhad: Material pembelajaran yang boleh dijumpai dalam laman web IQ Option hanya terdiri daripada video perdagangan.

Syarat Perdagangan IQ Option

Daripada segi syarat perdagangan, IQ Option menawarkan salah satu syarat perdagangan terbaik dalam industri perdagangan dalam talian. Di samping mempunyai keperluan deposit minimum yang sangat rendah pada hanya $10, broker tersebut juga merupakan broker yang dikawal selia di bawah CySEC. Ini bermakna dana anda selamat dengan broker ini kerana ia disimpan dalam akaun yang berlainan, terasing daripada dana operasi broker tersebut. Selain daripada terletak di bawah kawalan CySEC, broker mesti mengekalkan kebolehcairan pada setiap masa untuk memenuhi keperluan kontraknya.

Ini menjelaskan bagaimana IQ Option diberikan penarafan sebagai broker perdagangan paling menguntungkan dalam industri perdagangan kewangan. Dalam tahun 2017 sahaja, broker tersebut mencatatkan purata bayaran pengeluaran sebanyak $10 juta setiap bulan.

Sebagai broker seliaan CySEC, dana anda dilindungi di bawah Skim Pampasan Pelaburan sehingga maksimum 20,000 euro.

Aset boleh didagangkan

Untuk aset asas, IQ Option menawarkan 7 kelas aset berbeza. Ia merangkumi padanan mata wang, komoditi, mata wang kripto, ETF, indeks pasaran, Opsyen dan saham. Secara keseluruhan, IQ Option mempunyai 364 jenis instrumen kewangan berbeza untuk anda dagangkan. Ini termasuklah:

Mata Wang Kripto: Terdapat 15 jenis Mata Wang Kripto untuk didagangkan, merangkumi Bitcoin, Ethereum dan Litecoin dll.

Saham: Saham merangkumi banyak syarikat berprestasi tinggi yang tersenarai dalam NYSE dan NASDAQ. 168 secara keseluruhannya untuk didagangkan.

Opsyen: Opsyen membolehkan anda memperdagangkan opsyen binari, digital dan FX. Sila ambil perhatian bahawa opsyen binari dan digital hanya tersedia untuk pelanggan profesional sahaja.

Forex: Forex membolehkan anda menggunakan 30x leveraj pada 93 padanan forex, merangkumi major, minor dan eksotik.

Indeks: Dengan indeks anda boleh memperdagangkan sehingga 11 pasaran saham terbaik US, Eropah, Asia dan Australia antaranya dengan Dow Jones, S&P, dan FTSE.

Komoditi: Membolehkan anda memperdagangkan 6 komoditi merangkumi emas, minyak, gas asli sebagai CFD

ETF: Dengan ETF manfaatkan sehingga x5 leveraj untuk memperdagangkan sekuriti dagangan bursa yang menjejaki 21 indeks, komoditi dan berbagai lagi aset.

Platform Perdagangan

Di waktu kebanyakan broker perdagangan dalam talian memilih untuk menggunakan penyelesaian pihak ketiga dalam platform perdagangan mereka, IQ Option memilih untuk menggunakan kaedah lain. Broker tersebut sebaliknya membangunkan platform perdagangannya sendiri yang tiada bandingannya dalam industri. Malah, platform perdagangan yang dibangunkan oleh IQ Option telah memenangi pelbagai anugerah kerana menjadi yang paling inovatif di samping sangat mesra pengguna.

Platform perdagangan yang dibangunkan oleh IQ Option tersedia untuk kedua-dua komputer berasaskan PC atau Mac. IQ Option juga telah membangunkan versi optimum untuk peranti mudah alih bagi platform perdagangan mereka bagi pedagang yang ingin melakukan dagangan dalam pasaran dengan hanya menggunakan telefon pintar mereka. Aplikasi perdagangan mudah alih tersebut boleh dimuat turun di Apple App Store atau Google Playstore bergantung kepada OS telefon pintar anda.

Jenis Akaun Perdagangan

IQ Option menawarkan dua jenis akaun. Ia adalah akaun standard dan akaun demonstrasi. Kedua-dua jenis akaun ini memerlukan anda mengisi borang pendaftaran sebelum anda boleh mengaksesnya. Untuk yang pertama, anda juga perlu mengesahkan identiti dan alamat anda sebelum anda boleh melakukan deposit atau pengeluaran. Walau bagaimanapun, menukar akaun demonstrasi menjadi akaun perdagangan sebenar melibatkan proses yang sangat mudah kerana apa yang diperlukan hanyalah deposit wang sebenar.

IQ Option juga menjadikannya mudah untuk sesiapa sahaja mendaftar akaun perdagangan dengannya. Di samping mengisi borang pendaftaran, anda juga boleh mendaftar masuk ke laman web IQ Option menggunakan akaun Facebook atau Google Plus anda.

Deposit dan Pengeluaran

IQ Option menyokong pelbagai jenis kaedah pembayaran Anda boleh melakukan deposit atau pengeluaran dana menggunakan kaedah yang disenaraikan seperti berikut: Pindahan Kawat Bank, Boleto, CashU, Kad Kredit, Fasapay, iDeal, Neteller, Qiwi, Skrill, WebMoney.

Sebelum ini, ia mengambil masa 3 hingga 4 hari bekerja untuk melakukan pengeluaran. Tetapi kini, IQ Option telah memendekkan tempoh pemprosesan pengeluaran menjadi hanya satu hari dan tiada caj tersembunyi untuk melakukan Pengeluaran.

Pembelajaran Pedagang

Bagi pembelajaran pedagang, IQ Option telah menyediakan koleksi video latihan. Terdapat berpuluh-puluh video yang disenaraikan dalam bahagian video meliputi topik seperti “Apa itu CFD?” sehinggalah kepada cara menggunakan penunjuk teknikal untuk melakukan perdagangan.

Sokongan Pelanggan

Sokongan pelanggan di IQ Option tersedia 24/7. Anda boleh menghubungi pasukan sokongan melalui e-mel, borang hubungan web, sembang langsung atau membuat panggilan terus melalui telefon. Untuk sokongan telefon, nombor sokongan tempatan disediakan bagi kebanyakan negara di seluruh dunia.

Kesimpulan

Perkhidmatan dan penawaran produk oleh IQ Option memastikan seseorang pedagang dalam talian mempunyai segalanya yang diperlukan di hujung jari. Dengan kelebihan akaun demonstrasi percuma dan keperluan deposit yang rendah, IQ Option telah membuktikan komitmennya untuk menjadikan kehidupan seorang pedagang bebas tekanan. Sebelum IQ Option diwujudkan, platform perdagangan kewangan tidak menawarkan sebarang platform demonstrasi percuma. Malah akaun demonstrasi hanya boleh diakses setelah seseorang pedagang mendaftar dan memasukkan deposit ke dalam akaun perdagangannya. Walau bagaimanapun IQ Option tidak menggunakan cara ini. Broker ini menjadikannya mudah untuk sesiapa sahaja mendaftar dengan mereka. Broker tersebut yakin bahawa kualiti perkhidmatannya adalah lebih daripada memuaskan untuk memenangi hati dan minda para pedagangnya.

Please rate this

Tinggalkan Balasan