Olymp Trade: Ulasan Platform Perdagangan 2019

5.0 / 5
5

Patutkah anda membuka akaun di Olymp Trade? Adakah ia satu penipuan mahal ataupun satu platform perdagangan yang dipercayai? Ketahui tentangnya dalam ulasan terperinci kami.

Olymp Trade: Ulasan Platform Perdagangan

Olymp Trade dikatakan sebagai platform perdagangan atas talian yang utama dan salah satu yang terbesar di dunia. Dengan rendah hati bermula pada 2014, syarikat tersebut telah berjaya mencipta reputasi baik di kalangan berjuta-juta pedagang di seluruh dunia, tetapi soalannya masih wujud:

Berbaloikah menggunakan Olym Trade – dan jika ya, bagaimana untuk mendapatkan pulangan yang stabil?

Itulah yang kita akan ketahui dalam ulasan pakar ini. Kami akan meneliti syarikat tersebut di bawah mikroskop dan menilai semua aspek bagi Olymp, termasuk platform perdagangannya, sokongan klien, deposit dan pengeluaran, begitu juga dengan pendidikan dan pengawalan pedagang.

Di akhir teks ini anda juga akan mendapati satu bahagian dengan komen dan pendapat daripada klien. Ini juga di mana anda boleh menanyakan soalan sendiri dan berbincang dengan rakan pedagang.

Selepas membaca panduan ini, anda akan mampu menjawab soalan-soalan penting berikut berkenaan Olymp Trade:

  • Bagaimana untuk mendaftar di Olymp Trade?
  • Bagaimana untuk membuat deposit di Olymp Trade?
  • Bagaimana untuk menggunakan Olymp Trade jika anda pengguna baharu?
  • Bagaimana untuk menggunakan platform ini untuk mendapat pendapatan?
  • Bagaimana untuk mengeluarkan dana daripada Olymp?

Pakar kewangan kami telah menilai Olymp selama lebih dari 3 tahun untuk membuat ulasan yang anda sedang baca sekarang. Kami telah menguji kedua-dua demo dan akaun perdagangan nyata, bercakap dengan pedagang amatur dan profesional daripada beberapa buah negara, membuat deposit dan mengeluarkan wang kami sendiri dan menguji pelbagai strategi perdagangan – semuanya untuk membentuk satu pendapat sebenar di Olymp Trade.

Sebelum kita bincangkan soalan-soalan di atas, mari ambil masa sejenak untuk melihat latar belakang syarikat ini – lagipun, memang perlu untuk memahami organisasi yang anda amanahkan dana anda:

Apakah itu Olymp Trade?

Seperti yang dinyatakan di atas, syarikat di belakang platform perdagangan ini berusia setengah dekad. Bagaimanapun, kisahnya bermula pada awal 2010, apabila sebuah pasukan
kewangan dan golongan profesional IT bersatu dengan matlamat untuk membuat pelaburan atas talian mudah untuk orang ramai.

Dari awal lagi penyatuan ini telah menetapkan matlamatnya untuk mendemokrasikan perdagangan kewangan dan menjadikannya tersedia untuk semua orang, bukan sahaja untuk mereka yang mempunyai modal permulaan atau yang cenderung kepada risiko tinggi.

Versi pertama platform perdagangan Olymp berjaya dengan pantas di pasaran tempatannya di Eropah Timur dan Asia Tenggara: mereka yang tiada pengalaman dalam pelaburan pun mendapati ianya mudah digunakan, dan akaun demo percuma membenarkan pembelajaran secara terus tanpa perlu merisikokan wang sebenar.

Sejak versi awal itu, banyak yang telah ditambah baik dan berubah dari tahun ke tahun, tetapi idea terasnya kekal sama – untuk menyediakan cara termudah kepada sesiapa sahaja untuk melabur dalam aset kewangan popular seperti mata wang, saham dan kripto.

Idea (yang mudah) ini akhirnya sesuai dengan keperluan berjuta-juta pedagang aktif dan berpotensi di seluruh dunia: dalam beberapa tahun sahaja, Olymp Trade telah mengembangkan tawarannya kepada lebih daripada 12 bahasa dalam semua kawasan di dunia dan melaksanakan lebih 20 pesanan dagangan setiap saat. Jumlah-jumlah yang lain seperti yang dilaporkan oleh syarikat tersebut:

  • $170,000,000
  • 25,000+
  • 5,000,000+
  • Jumlah dagangan bulanan
  • Jumlah pengguna yang berdagang setiap hari
  • Jumlah muat turun aplikasi

Produk utama Olymp, dan apa yang menjadikan semua di atas boleh berlaku, ialah platform perdagangan atas taliannya. Dengan menggunakan kombinasi seimbang antara ciri-ciri berkuasa dan rekaan yang teliti, ia menjadikan perdagangan mudah walaupun bagi pengguna baharu yang tidak berpengalaman.

Dalam bahagian seterusnya bagi ulasan kami, kita akan melihat platform perdagangan Olymp dengan lebih terperinci, untuk melihat apa yang membezakannya daripada sistem-sistem saingan:

Platform Perdagangan

Tidak perlu memuat turun apa-apa kepada komputer anda untuk menggunakan platform Olymp Trade: ia tersedia dalam pelayar internet anda atau sebagai aplikasi mudah alih (yang mana akan dibincangkan nanti).

Sebaik sahaja anda log masuk, anda akan melihat skrin utama perdagangan, yang terdiri daripada carta harga dan antara muka perdagangan di sebelah kanan. Di atasnya anda akan mendapati label yang memautkan semua carta aktif anda, dan di bawahnya – urus niaga yang sedang aktif dan yang baru sahaja ditutup.

Perhatikan keringkasan bahagian pembukaan-urus niaga di sebelah kanan: anda tetapkan durasi dan jumlah perdagangan dan terus nampak potensi pendapatan andai kata ramalan anda betul; selepas itu klik sahaja butang “atas” atau “bawah” yang besar untuk membuka urus niaga.

Bagaimana ia berfungsi?

Hasil sesebuah urus niaga ditentukan oleh perubahan harga aset pilihan dari masa anda pilih ketika membuka urus niaga tersebut. Mari lihat satu contoh:

Anda membuka satu-minit, urus niaga “naik” untuk emas, yang ketika ini kosnya $1300. Jika harga emas selepas satu minit lebih tinggi daripada harga semasa, tidak kira berapa banyak – anda akan mendapat keuntungan dalam urus niaga anda.

Apa yang mudah tentang ini ialah anda tahu potensi keuntungan anda dan jumlah sebenar urus niaga yang berjaya sebelum membuka urus niaga. Ini bermakna anda boleh merancang perdagangan anda dengan lebih berkesan dan mengelakkan menghabiskan akaun anda dengan banyak andai kata terjadi beberapa ramalan tidak berjaya yang berturut-turut. Cantik!

Anda boleh memilih antara banyak instrumen kewangan yang mungkin di platform Olymp Trade – tetapi secara amnya semuanya boleh dikelaskan kepada empat kategori utama:

  • 35 pasangan mata wang yang pelbagai, daripada EUR/USD atau GBP/JPY yang klasik kepada USD/MXN atau AUD/CAD yang lebih eksotik. Ini seperti perdagangan forex, tetapi anda tidak perlu beri perhatian pada keperluan keuntungan rumit dan pengaruh nisbah.
  • 10 indeks saham terbesar daripada bursa saham paling aktif di dunia: dari NASDAQ New York ke Nikkei 225 Tokyo.
  • 13 saham syarikat multinasional besar, seperti Coca Cola, Tesla atau Apple: waktu perdagangan bagi aset-aset ini sepadan dengan waktu pembukaan bagi bursa saham masing-masing.
  • 6 komoditi, termasuk logam berharga seperti emas dan perak, begitu juga dengan barang berkaitan tenaga seperti minyak dan gas asli.

Selain itu, terdapat kelas kelima bagi instrumen boleh dagang di Olymp Trade yang telah diperkenalkan hanya beberapa tahun lepas, tetapi pantas menjadi popular: kripto. Yang ini memerlukan babak tersendiri –

Mata wang kripto di Olymp Trade

Dengan sentiasa mengikuti trend moden, Olymp talah memperkenalkan perdagangan mata wang kripto di platformnya untuk membolehkan kliennya mengakses sumber kekayaan yang berkembang pesat ini dengan mudah dan tanpa kesukaran.

Anda boleh memilih antara 12 pilihan berbeza berkenaan kripto, daripada Bitcoin dan Ethereum yang popular, kepada yang aset yang kurang terkenal seperti Monero dan Dash, kepada pasangan relatif seperti LTC/BTC – contohnya harga Litecoin relatif kepada Bitcoin, bukan kepada dolar Amerika.

Terdapat beberapa kelebihan penting menggunakan platform Olymp untuk perdagangan kripto, berbanding kaedah biasa seperti dompet dan pertukaran:

  • Memasukkan dana dan pengeluaran daripada dompet kripto boleh memeningkan kepala. Lebih teruk lagi, ia mengambil masa berminggu-minggu untuk dibenarkan berdagang di bursa kripto khusus seperti Bitfinex. Dengan Olymp Trade, anda boleh membuka urus niaga dengan mata wang kripto daripada akaun sama yang anda gunakan untuk perdagangan aset-aset lain.
  • Anda boleh untung pada peningkatan dan penurunan dalam harga kripto, tidak seperti dompet tradisional, di mana anda hanya boleh membeli dan bertahan, berharap untuk harga menjadi lebih tinggi.
  • Yuran transaksi dalam dompet dan bursa boleh menjadi sangat tinggi, dan anda boleh berakhir dengan membayar 10% atau lebih daripada jumlah sebenar sebagai komisyen. Di Olymp Trade, anda bebas untuk membuka sebanyak mana urus niaga yang anda suka tanpa risau tentang yuran yang tinggi.
  • Dengan Olymp Trade, anda boleh mengelak risiko berkaitan bursa kripto khusus, yang cenderung untuk digodam atau kerap rosak.

Perdagangan Mudah Alih

Olymp Trade takkan menjadi platform perdagangan modern jika ia tidak mempunyai antara-antara muka mudah alih yang memudahkan. Mengapa kita menggunakan kata ganda?

Kerana klien Olymp mempunyai dua alternatif untuk berdagang dalam peranti mudah alih: sama ada menggunakan aplikasi atau melalui pelayar mudah alih, dengan membuka sahaja laman web syarikat tersebut.

Kedua-dua pilihan nampak hampir sama, seperti yang anda boleh lihat dalam cekupan skrin di atas, jadi ia bergantung pada pilihan anda untuk menggunakan yang mana satu.

Pereka Olymp Trade berjaya mengekalkan keringkasan dan kuasa platform perdagangan bersaiz penuh mereka, sementara membolehkan para pengguna untuk membuka urus niaga dari mana sahaja.

Aplikasi native sudah tentu tersedia untuk peranti Android dan iOS, dan boleh dimuat turun menggunakan pautan terus.

Jenis Akaun dan Perdagangan Demo

Olymp menawarkan tiga jenis akaun untuk membantu penggunanya mendapat kemampuan penuh platform tersebut: akaun demo percuma dengan wang maya untuk membantu anda berlatih dan belajar strategi baharu; akaun standard di mana anda boleh berdagang dan mendapat wang sebenar – dan akaun VIP dengan kelebihan dan ciri-ciri yang lebih.

Sesetengah kelebihan akaun yang terakhir ialah kadar keuntungan lebih tinggi dalam urus niaga (sehingga 90% berbanding had 80% bagi akaun standard), had lebih tinggi pada jumlah urus niaga begitu juga dengan jumlah terhad bagi urus niaga yang bergelar bebas-risiko, apabila klien mendapat pampasan sekiranya salah ramalan.

Dan lebih lagi, setiap pemegang status VIP menerima akses kepada webinar atas jemputan sahaja dan analisis VIP, dan juga mendapat pembantu peribadi yang berunding dengan mereka pada mana-mana aspek platform perdagangan tersebut.

Untuk mendapatkan status VIP, anda perlu membuat deposit sekurang-kurangnya $2000; perlu diberi perhatian bahawa anda boleh kehilangan keistimewaan VIP jika anda mengeluarkan dana dalam tempoh 15 hari berikutnya tanpa membuat sebarang dagangan.

Adakah akaun VIP berbaloi?

Jika anda mampu – sudah semestinya; tanpa sebarang kos tambahan, anda mendapat ciri-ciri yang ditingkatkan dan lebih maklumat, yang dapat membantu memaksimumkan pulangan anda daripada perdagangan. Bagaimanapun, ia tak bermakna yang membuat keuntungan stabil pada akaun standard adalah mustahil.

Klien yang membuka akaun standard atau VIP layak mendapat bonus alu-aluan sehingga 50% daripada deposit awal. Ingat yang anda tidak boleh mengeluarkan jumlah bonus – tetapi mana-mana keuntungan yang anda peroleh menggunakan wang tersebut kekal menjadi milik anda dan boleh dikeluarkan.

Berapa susah untuk membuka sebuah akaun di Olymp Trade?

Membuka Akaun

..tidak susah langsung! Malah, kami rasa bahawa keringkasan bagi semua prosedur berkaitan akaun (termasuk deposit dan pengeluaran, yang kita akan bincangkan sebentar nanti) telah menjadi faktor utama yang menjadikan Olymp sangat popular.

Cuma perlukan 4 klik untuk mula menggunakan platform atas talian ini:

  • Masukkan emel anda, yang akan digunakan untuk log masuk. Pastikan yang ia alamat emel yang anda sedang gunakan, kerana anda akan menerima maklumat penting daripada Olymp Trade kepada emel tersebut, termasuk mendapatkan semula kata laluan sekiranya anda terlupa pada masa akan datang.
  • Masukkan kata laluan untuk akaun anda. Ini boleh terdiri daripada kombinasi abjad, nombor dan simbol, tetapi kami sangat syorkan untuk elak menggunakan frasa seperti “123456”.
  • Tandakan kotak untuk bersetuju dengan terma dan syarat platform tersebut.
  • Dan akhir sekali klik pada butang “daftar” besar di bawah borang untuk hantar permohonan anda. Anda akan dibawa ke platform perdagangan demo dengan segera. Anda juga akan menerima emel alu-aluan di alamat emel yang anda berikan dalam langkah 1, mengandungi pautan pengaktifan untuk akaun perdagangan baharu anda.

Tak susah, bukan? Yang lebih bagusnya, selepas melengkapkan prosedur di atas, anda terus boleh menggunakan fungsi penuh platform ini, dalam mod demo.

Untuk mula berlatih dengan sejumlah kecil wang sebenar, anda perlu membuat deposit. Dan ya, ia juga satu proses yang mudah –

Deposit dan Pengeluaran

Untuk mendeposit dana ke dalam akaun perdagangan anda, klik butang “Deposit” di sudut atas kanan skrin platform – atau klik butang “+” sekiranya anda menggunakan peranti mudah alih.

Skrin baharu akan muncul, memaparkan pilihan pembayaran yang disediakan. Anda boleh memilih antara perbankan internet, kad Visa/Mastercard, begitu juga dengan pelbagai sistem pambayaran elektronik tempatan dan mata wang kripto.

Sebaik sahaja anda klik kaedah pembayaran pilihan anda, anda akan melihat skrin pendepositan terakhir yang membolehkan anda memilih jumlah deposit – bonus anda akan dijana secara automatik bergantung pada itu.

Jika anda pilih untuk simpan kaedah pembayaran anda pada langkah ini, anda kemudiannya boleh membuat deposit tambahan dalam satu klik.

Pengeluaran di Olymp Trade mengambil lebih kurang 1-4 hari bekerja untuk diproses, bergantung pada kaedah pembayaran yang anda pilih. Jumlah yang anda boleh keluarkan hanya terhad kepada jumlah baki akaun anda tolak mana-mana bonus yang anda terima ketika membuat deposit.

Sekiranya anda mengeluarkan jumlah yang besar, broker mungkin perlu meminta dokumen tambahan untuk mengesahkan identiti anda, seperti yang diperlukan oleh pengaturnya. Ini cuma berlaku sekali sahaja, dan tidak lagi perlu menghantar dokumen tambahan setelah anda disahkan.

Selepas berdagang di Olymp Trade selama lebih dari 24 bulan, pakar kami berdepan kelewatan yang minimum dan tiada transaksi tidak berjaya. Syarikat ini membayar berjuta-juta dolar kepada kliennya setiap bulan, jadi satu-satunya punca pengeluaran anda tidak berjaya secara terus ialah disebabkan bank atau kelewatan e-dompet anda.

Belajar Cara untuk Berdagang

Dengan melihat laman webnya, anda boleh melihat secara jelas bahawa Olymp Trade mengambil serius tentang pembelajaran pedagang: terdapat pelajaran interaktif percuma untuk orang baharu, pangkalan data menerangkan terma-terma perdagangan yang penting, tutorial video menggunakan platform atas talian, dan juga seminar atas talian yang berkala.

Kebanyakan ini boleh didapati dalam zon “Pendidikan” yang boleh diakses daripada menu utama.

Setiap pelajaran dibina sebagai tetingkap sembang, di mana anda akan menerima ilmu dalam jumlah sedikit, sama seperti anda mendapat nasihat daripada rakan melalui Whatsapp atau aplikasi perbualan yang lain. Ini membantu anda memahami maklumat lebih mudah dan mempercepat pendidikan anda.

Terdapat lebih 100 pelajaran, meliputi asas perdagangan kewangan, begitu juga dengan topik lebih tinggi seperti penunjuk teknikal dan strategi perdagangan spesifik.

Kami mendapati yang paling akhir itu lebih berguna, kerana mengandungi turutan langkah-langkah untuk mendapat keuntungan bagi pelbagai tahap pengalaman: daripada pedagang baharu (cuba MACD atau Bollinger Bands sebagai contoh) kepada pedagang lebih tinggi (penunjuk seperti Ichimoku mungkin menarik).

Bahagian Analisa akaun anda mengandungi instrumen percuma untuk membantu tingkatkan kualiti perdagangan anda: kalendar acara akan datang yang penting yang boleh mempengaruhi harga mata wang dan saham, isyarat perdagangan pada sentimen pasaran semasa, begitu juga dengan metrik volatiliti bagi pedagang berpengalaman.

Anda juga boleh melanggan webinar secara langsung yang diadakan pada tarikh tertentu secara tetap. Menyertai acara seperti ini akan membolehkan anda belajar daripada pakar dan bertanya apa-apa soalan dalam mod masa-nyata.

Sokongan Klien

Bercakap tentang komunikasi masa-nyata: sekiranya anda mengalami kesukaran dengan platform perdagangan ini, proses deposit-pengeluaran, atau apa-apa yang berkaitan interaksi anda dengan Olymp Trade – terdapat beberapa cara untuk anda hubungi mereka.

Cara yang paling mudah ialah melalui sembang langsung, yang membolehkan anda bincangkan terus masalah anda dengan wakil syarikat. Anda boleh mengakses ruang sembang dengan klik ikon tanda soal di sudut atas kanan skrin platform atas talian.

Cara lain untuk menghubungi Olymp Trade ialah melalui panggilan telefon (talian mereka tersedia sepanjang masa) dan emel, sekiranya soalan anda tidak perlu dijawab segera dan anda mahu menyimpan perbualan anda dengan syarikat secara bertulis untuk rujukan akan datang.

Kami cuma mempunyai kata-kata positif untuk diungkapkan tentang kualiti sokongan Olymp: pantas, mesra dan paling penting, pasukan tersebut sangat fokus dalam menyelesaikan masalah anda, tanpa menutup satu lagi tiket sokongan.

Kelebihan dan Kekurangan Olymp Trade

Baiklah, kita telah meneliti setiap aspek yang ditawarkan oleh Olymp secara lebih terperinci, sekarang mari kita rumuskan pemerhatian dan pandangan kita menjadi satu senarai kelebihan dan kekurangan. Ini akan bantu kita sampai ke kesimpulan akhir kita di bahagian seterusnya.

+ Memerlukan deposit minimum yang rendah: anda boleh mula berdagang dengan wang sebenar dengan serendah $10, yang merupakan antara deposit minimum terendah dalam industri.

+ Akaun demo percuma: tidak perlu terus risikokan wang sebenar, anda boleh bermula dengan demo percuma platform atas talian ini yang mengandungi semua fungsi versi sebenar.

+ Mudah digunakan tetapi berkuasa: Platform atas talian Olymp Trade ialah hasil daripada matlamatnya yang menyeluruh – menjadikannya semudah mungkin bagi sesiapa sahaja untuk mula melabur.

+ Memerlukan urus niaga minimum yang rendah: selain daripada akaun demo yang dinyatakan di atas, boleh juga mula belajar dengan urus niaga kecil pada akaun sebenar anda, kerana syarikat ini membenarkan membuat pesanan bermula dari $1.

+ Pengawalan pihak ketiga: Olymp Trade dikawal oleh Suruhanjaya Kewangan Antarabangsa, yang bertindak sebagai perantara neutral sekiranya muncul pertikaian antara syarikat dan kliennya. Suruhanjaya ini menjamin dana pampasan sebanyak $20000 untuk sebarang kes apabila pertikaian diselesaikan atas budi bicara klien.

+ Bahan pendidikan interaktif: terdapat lebih daripada 100 pelajaran atas talian percuma di perpustakaan Olymp Trade yang sedang berkembang, di mana anda boleh belajar topik asas dan lebih tinggi dengan mengikuti perbualan.

+ Pengeluaran percuma dan pantas: pengeluaran pendapatan diproses dalam 1-4 hari bekerja. Syarikat ini tidak menambah apa-apa yuran, jadi satu-satunya kos yang dikenakan kepada anda ialah yuran penyedia pembayaran anda.

+ Perdagangan mudah alih yang mudah: terdapat versi pelayar internet bagi platform perdagangan ini yang anda boleh gunakan pada peranti mudah alih, dan juga aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun daripada Play Market atau App Store.

– Tiada selang masa urus niaga bawah 1 minit: selang masa paling pendek untuk anda boleh berdagang ialah 60 saat, yang mana tidak cukup untuk melaksanakan strategi tertentu seperti ‘scalping’.

– Tidak menerima penduduk Kesatuan Eropah: jika anda tinggal di Kesatuan Eropah atau cuma pergi ke sana, syarikat ini tidak akan membenarkan anda mendaftar di platform perdagangan ini.

Pendapat Kami

Jadi, apa boleh kita simpulkan daripada kajian kita? Patutkah anda memilih Olymp Trade sebagai rakan pelaburan anda?

Setiap interaksi dengan sistem Olymp terasa sangat lancar, sama ada ketika membuka urus niaga, belajar untuk berdagang, deposit/mengeluarkan dana, atau menerima sokongan. Orang baharu pun dapat rasa tenang dan terurus, sementara pedagang berpengalaman dapat jumpa banyak kelebihan tambahan yang menjadikan perdagangan mereka lebih efektif.

Setelah menggunakan platformnya selama bertahun-tahun, kami dengan mudah memahami bagaimana Olymp Trade berjaya berkembang menjadi rumah perdagangan antarabangsa dengan pantas: mereka serius tentang pengalaman pelanggan dan tegas bila berbicara tentang kualiti perkhidmatan.

Please rate this

Tinggalkan Balasan